Salam.
Arini aku rasa sdikit lega dan rasa mcm da lps satu beban. Dah satle satu msalah. Mmg sush tul nak handle msalah prasaan ni. Hati aku ni mmg degil, tak brapa nak dengar ckp aku…tuannya sendiri. Dah tau tak bole, nak gak…dah tau xjadi, nak bt gak…
Tapi mcm mana skali pun aku dah bgtau ape yang sepattnya aku bagitau dan aku da tau ape yang aku ptut tau dan mmg aku tah tau pun sblm ni…cm nak conform je…
Hari ini…setakat ni…still ok lg. Tapi tak tau lah ape akan jadi hari esok dan sterusnya…harap aku akan terus betahan meneruskan hidup mengejar matlamat.
Salam…
Harini adalah antara hari yang agak bermakna gak untuk salah sorang dari kawan aku b’coz…harini adalah hari lahir dia yang ke 26…
Mari nyanyi sama-sama…
Happy Birthday to you…
Happy Birthday to you…
HAPPY BIRTHDAY TO FARAH…
HAPPY BIRTHDAY TOOOOOOOO YOUUUUUUU…
‘Everybody…claps your hands…’
…so, k.f….samoga bahagia slalu, dirahmati, capai cita2, n slim cepat2…
…mesti awk suke kan…
ada kawan2, keluarga, adik, abang, KEKASIH yang…ehem..ehem.. ![]()
…dulu aku pernah dengar seorang kawan bercerita, bukan senang nak memiliki hati yang ikhlas. Memang betul ape yang dikatakannya itu. Walaupun kita kenal perkara yang betul dan tidak, walau pernah merasa hati yang ikhlas tetapi niat baik kita terhadap sesuatu tetap ada cacatnya kalau kita tak mempunyai hati yang ikhlas.
Kadang-kadang aku dapat rasa susahnya nak mengawal dan meguasai hati. Bukan senang walau hati milik sendiri. Bergegar bergetar menahan hati…walau boleh aku bertahan, tetapi kekadang terpanah jua.
Bukan senang juga nak menahan perasaan dan menyorokkanya…supaya tiada sesiapa yang tahu. Tapi apekan daya, aku harus cari jalan dan bertahan. Tapi kalau susah sangat nak sorokkan perasaan, maka aku boleh lari sorokkan diri je.
…tapi, aku percaya dan yakin setiap masalah itu ada jalan dan cara atasinya. Jika memang perlu aku lalui, maka aku akan laluinya dengan sukarela dan sukacitanya…hehehehe…
Ada orang kata…susah nak faham ape yang aku fikirkan…mula-mula aku fikir, susah sangat ke nak faham aku? pelik sangat ke aku ni? Rasanya aku biasa je…cume macam2 ada dalam kepala aku dalam satu masa yang sama. Pelik ke? Tapi agaknya itulah sebab aku selalu bagi jawapan yang pelik-pelik kalau kawan2 aku tanya…huhuhu…biasala tu…
Ada plak yang kata aku ni pelik dari orang lain. Bkn pelik sbb buat benda yang tak elok tapi sebab pendapat dan perasaan aku terhadap sesuatu benda atau perkara berbeza dari orang lain.Banyak kali gak kwn2 aku cakap aku ni pelik, nak pulak masa zaman tengah belajar dulu… hari-hai aku dengar kawan aku cakap…”ei…pelik dia ni…orang sume nak macam ni, dia sorang je nak macam tu…”…”orang fikir macam tu, dia fikir macam ni…”hehehehe…aku tak leh kata ape la bila kwn2 cakap macam 2…aku dah tentu suke dengan diri aku…huhuhu…
macam-macam ragam dan kerenah orang2 kat sekeliling aku…
Nak pulak semperna bulan yang teramat mulia ni…lagi la aku jadi hairan dengan sikap segelintir orang…maksud aku…cara layanan orang2 ni terhadap aku n k.f… pelik…hairan…dan tak masuk akal pun ada…mungkin betul kata k.f…ni semua rahmat bulan ramadhan…
Hari ni hari pertama aku dan seluruh umat Islam menyambut bulan Ramadhan. Masih ada 29 hari lagi. Tapi hari pertama ini jugaklah aku dah ambil cuti puasa. Hehehe.
Sebab tu lah badan aku sangat lemah dan terpaksa menahan sakit walaupun dalam waktu bekerja. Nak buat macam mana, kerja je la. Kalau ikutkan hati aku nak cuti je hari ni tapi tak da orang tuk replace aku lak.
……hm……
……hm……
…..hm…….
tak laratnye…lembik lutut, sakit kepala, sakit perut, n macam-macam lagi.
…..huhuhuhu….(manjenye…)
Salam…
Dah beberapa hari tak menulis, arini rasa nak menulis pulak. Huhuhu…
Bermula dengan awal minggu; hari isnin, masa nak pergi kerja kereta aku wat hal pulak. Kerete dah cantik2 aku cuci tersadai kat tepi jalan sebab belting putus. Mujur tak ada ape2 yang serius berlaku. Cuma aku tinggalkan kereta kat tepi jalan dan aku naik teksi pergi kerja. Malu gak, sebab dah lama sangat tak naik teksi. Tapi perinsip aku, ‘pandai-pandailah cari jalan kalau nak hidup’. So, aku naik teksi dan jupma k.f kat ngan bus stan kat pokok buluh. Dan naik lagi satu lagi teksi untuk terus sampai ke ofis.
Hari ke-2, tak ada ape2 yang luar biasa, cuma terpaksala aku ambil cuti emergency sebab nak repair kereta. Petang tu, aku pergi beli belting ngan Atan. Merata gak gi cari bendalah tu. Bila da balik umah baru tau belting tak cukup satu. Mana taknya, ingatkan satu je yang putus, rupa-rupanya dua2 putus. So aku gi kluar beli satu lagi yang lebih pendek. Balik umah, tak kena plak saiznye. Sakit tul lah… Esok jela beli yang lain.
Keesokan harinya pulak, Ayi da balik dari Sabah,malam semalam sampai. So, dia kerja gak arini. Tak ada ape yang hairan, dia kerja ke tak kerja ke. Tapi, kereta untuk aku g kerja masih rosak lagi. So, mak suruh adik antar aku ngan Ayi pergi kerja pagi tu. Aku macam biasa la, kalau setakat jam 7.10 pagi, aku tak siap lagi. Tapi sedar2 je si Mat Yie dah star enjin kereta dan terus je jalan gi kerja. Dia buat muke selamber jer bila aku cakap nak g kerja sekali ngan dia. So, nak wat macam mana ni? Tapi, nak hidup, pandai-pandailah… So aku terus bersiap, dan call k.suzy. Sekali dapat tau yang k.suzy tak datang kerja rupanya harini. Adui, ada ape dengan hari ini? Ape lagi, aku panggil adik n mintak tolong dia hantar aku naik motor sampai Taman Tas la. Sekali lagi aku naik teksi. Hahaha…dah la ngan pakai kasut tumit naik motor, pastu naik teksi. Nyaris2 nak jatuh hari tu…hehehe. Tapi buat selamba je. Tapi mak cik teksi tu lagi selamba. Aku bayar teksi untuk terus sampai ke pokok buluh. Sekali bila dah masuk kaw bandar, dia cakap, “Dik, Mak cik antar sampai kedai kasut bata je ye, sebab mak cik tak lalu kat pokok buluh”, aku pun takle nak wat ape la. Iye kan jelah. Ikutla mak cik nak hantar saya kat mana pun, janji saya sampai ofis arini. So aku jalan kaki sampai pokok buluh, jumpa k.f, n naik teksi lain pulak sampai ke ofis. Pagi2 lagi aku jalankan tugas macam biasa, sampai kul 9.00 pagi. Tapi tak lama lepas tu, black out la plak satu Kuantan sampai kul 12 lbh. So, kul 2 aku rehat ngan k.suzy, kitorang bungkus makanan je, makan kat dalam ofis, bole k.f makan sekali ngan kitorang. Diorang yang lain2 pun joint sekali sebab aku ngan k.sz bli byak gak makanan; keropok, pisang goreng, bingka kentang, cucur udang. Suatu petang yang ceria dan riuh rendah dengan senda gurauan. Aku memang suke kalau semua orang berkumpul dan semua orang happy. IIngat balik kerja tu nak beli belting, tapi tak sempat daa. Tau sebab ape? Sebab kerete k.suzy plak yang buat hal hari tu. Dia tak ble stat kereta. Pengikat beteri kereta longgar. Tapi mintak tolong Majid repair, tapi dia cuma letak paku je nak ketatkan pengikat tu. Masa tu mak aku pun sampai ngan adik, nak amik aku. Tapi takkan aku nak tinggal diorang kan. So, bila da ble stat tu, aku teman k.sz ngan k.f g bengkel repair pengikat bateri. Aku da lambat ni…sebab nak kena berkejar g ble belting kat keai kat tamn tas. Sampai kat bengkel, aku pun undur diri la, nak uruskan hal aku plak. Tapi tak sempat gak nak beli coz kdi da tutup. So, balik umah je la.
Hari Khamis, iaitu semalam. Tak ada ape2 yang istimewa, biasa je. Tapi hari ni aku di bantu oleh che wan yang menggantikan tempat en khairi selama 2 hari. K.Z pun still cuti lagi, msk hospital. Tapi kesian kat k.suzy, dia tak bole dtg kerja sbb kereta dia shorting kesan sampingn semalam.
Tapi hari ini, kereta aku dah o.k n kereta k.suzy pun dah o.k. Yang tak o.knye cume duit je. Kalau tak mesti kitorang g shopping punye… hari ni kan hari shopping…hehehe… Tapi aku bimbang tetang satu hal. Hari ini adalah hari postmoterm konvo pada 16/08/2008. Bukannya bimbang ape sangat, cuma risaukan Aini, ketua group aku yang uruskan bahagian skroll dan sijil. Walaupun kumpulan kami tk ada masalah, tapi manalah tau kot tiba2 timbul plak masalah yang tak pernah muncul. Cukup cerita tu, aku nak cerita tetang hari Jumaat. Biasa la hari Jumaat, yang perempuan pakai baju kerung dan lelaki pakai baju melayu. Tapi aku nampak seorang student India, pakai baju kurung warna kuning. Cantik. Tapi yang paling aku suke hari Jumaat adalah orang lelaki yang pakai baju melayu. Orang lelaki memeng nampak segak kalau pakai baju elayu, nak pulak kalau warna hitam, aku suke.
Hm….tukar cerita lain, hari ni dijangka mak su aku akan…tebabo…meletup…maksud aku bersalin…bukan bersalin kulit ke atau ape…tapi akan melahirkan anaknya yang kedua. Agaknya anak lelaki kot. Mak aku ada kat hospital teman mak su. Semoga semuanya selamat dan berjalan lancar dan di rahmati Allah.
K la, nak g makan buah rambutan, k.sz bawak 3 bakul besar kat ofis. Hahaha. Paty rambutam. Tatatata.
Hari rabu. Suatu hari yang berada di pertengahan minggu. Hari rabu aku pakai baju biru.
Buzy buzy… Tak ada masa nak g rehat. So aku rehat jap lagi je la. Tgu ada orang ganti tempat aku.
Bercakap tentang perancangan masa depan, dalam masa terdekat ni aku tengah cari-cari lubang yang membolehkan aku menyambung pengajian aku keperingkat lebih tinggi. Tapi kena tunggu sedikit masa je lagi. Nak kena kumpul duit lagi.
Ye la… nak mulakan hidup bukan senang. Selama ni mak ayah yang jaga aku ngan adik-adik. Bila lagi kitorang pulak yang memegang tapak pemerintahan. Hehehe…inilah masanya membalas balik semua jasa dan budi mak ayah kitorang. Walaupun ianya bukan suatu perkara yang mudah, tetapi telah aku tetapkan yang ianya adalah suatu perkara wajib dalam hidup. Aku yakin dengan berkatNYA, aku boleh kerana aku mesti…
hari ni aku gembire sebab dapat abang angkat yang baru. Dah berapa orang agaknya koleksi adik angkat ngan abang angkat yang aku ada agaknya…hehehe… kelakor…kelakor…
Tapi bagus gak ada koleksi macam ni…seronok pe. Dapat menghiburkan hati yang lara…hahahaha… tak la… main-main je.
Buat adik-adik angkat dan abang-abang angkat JANGAN MARAH ya n thankhs ya… jadi kawan I.
Hm ape lagi ye nak cerita…
Ofis ari ni o.k je. Kerja yang semalam di sambung semula tapi masa tak cukup nak siapkan semuanya hari ni. Mana taknya asyik black out bila nak wat kerja. Sibuk ngan student lagi.
K la nak balik da la … TATA… sayonara…
Hai… I’m back…
Arini kan ari jumaat…sepatutnya aku ngan oficemate gi shopping tapi memandangkan keadaan yang tidak mengizinkan, so kitorang cancel n tukar rancangan g pantai je makan Mc D. Hahahaha…konon tadi ingat nak diet je arini tapi nampaknye tak jadi la plan aku.
……JAP……ADE KERJA……
…hah….sakit kaki berdiri lama sangat. Tapi tugas sumenye dah satle. Kan bagus kalau ada orang yang bole tolong urutkan kaki. Hehehehe…
Masa mengemas buku2 kat belakang tadi aku ternampakn buku ‘Princess In Love’, buku tentang princess Diana…..hm…macam menarik je. Ape lagi, aku amik pinjam la, nak baca. Mana la tau dapat ape2 petunjuk dari cerita Diana ke. Hehehehe…
Berbalik kepada perkara yang berkaitan perasaan…baru aku teringat yang hari ni agak menarik. Aku tak tau kenapa tapi ada perasaan gembira dalam hati. Kenapa? Entahlah…mungkin ade sesuatu yang tersembunyi tanpa aku sedari apekah ia. Atau siapakah dia…
Alaaa….farah ni kacau je…k la kena wat kerja skit. Sampai jmpa lagi. Tata.